BAB
1
“Kau berhenti kat depan tu. Sekejap
aje. Kau tunggu kat sini ya..”
“Ok. Jangan lama sangat . Jalan
tengah sesak ni. Abang polis datang, kau yang bayar. Masa orang sibuk balik
kerja ni, sibuk jugak engkau nak membeli, ya?...Aku punya pun ada,buat apa susah-susah
nak beli…” Aira Husna kalau dah berpot pet pot pet, mahu sejam dua baru siap. Aku
keluar juga dari kereta walau dia tak habis berleter.
Aku terus meluru masuk ke Queensbay Mall. Ramainya
manusia. Artis mana pulak yang datang
ni? Mesti ada show, tak pun jualan murah. Banner Mega sale menghiasi seluruh kompleks
beli belah. Hmmm…patutlah. Korang bershopping lah yer…Aku cuma nak ke
Watson saja. Langkahku semakin laju. Aku terperasan, bila berselisih aje, mesti
ada yang memandangku. Aku ni pelik ke? Mesti
ada yang aku pakai tak kena ni! Maroon trench
coat yang ku biarkan tak berbutang ini, ku tarik rapat ke tubuhku. Sorry
yer…aku sejuk sangat kat airport tadi. Shawl aku betul-betulkan. Mana tahu,
entah-entah senget-benget dah lipatan tudungku. Tapi apa kesah…sekarang ni
macam-macam ikatan shawl yang pelik-pelik dipraktikkan orang.
Aku panjat escalator . Baik
aku laju dari escalator ni nanti cik
datin kat luar tu marah pulak . Dia bukannya boleh terima bab lambat-lambat ni.
Tambah pula, tadi dia kena tunggu hampir satu jam gara-gara menunggu aku jugak.
Muncung dia boleh disimpul dan diikat riben lagi. Bukan salah aku, salah kapal
terbang. Patutnya jam dua petang tadi aku dah sampai.
Aku menyelit-nyelit. Ramai jugak orang yang berdiri tegak di atas tangga
ajaib ini. Ajaib sebab pandai bergerak sendiri. Yang tak ajaibnya pulak, lambat.
On the left side…on the left side...jangan tutup laluan, kenderaan berat
nak lalu ni. Sorry, orang nak cepat la. Yang couple-couple ni, memang kurang
sikit kesedaran sivik. Selang satu anak tangga pun tak mahu berpisah. Amboi…mueh,
mueh, mueh…kalau aku ada couple nanti, agak-agak jadi macam dia orang tak? Aku
tersenyum. Hmm…kalau aku ada couple…? Bila ya? Hati tiba-tiba berbisik sedih. Senyum,
sedih sorang-sorang ni mesti orang kata aku tak betul. Betul-betul di tengah tangga tu, ku pandang ke
depan.
Oh, Mama…Aku terkedu. Kaki kena gam
masa itu jugak. Tak dapat bergerak. Lutut rasa longgar. Subhanallah…Perutku
menggelepar, rasa ngilu menebar seluruh
dada. Darah menyirap, pecah dan meleleh laju, satu persatu. Berkali-kali. Aku menahan
nafas atau…memang aku tak boleh bernafas. Oksigen…oksigen. Jantung berdegup
menepuk-nepuk dadaku. Seram sejuk. Tak semena-mena keadaan jadi sepi. Sunyi. Husnaaa…tolong.
Apa dah jadi ni?
Aku sekuat hati menahan rahang. Aku
pandang escalator sebelah aku yang sedang bergerak ke bawah. Tak
mungkin…tak mungkin. Situasi yang tak ingin aku alami lagi. Yang puas aku
hindar selama ini. Seketika, berselisih dengan perlahan, sekilas mata bertentangan.
Keras leherku nak memandang. Waktu bagaikan terhenti. Sampai di atas, ku toleh
ke belakang. Di bawah, dia berdiri tegak di hadapan tangga. Kepala tunduk dan
tidak bergerak. Seketika, dia melangkah laju menuju ke pintu keluar utama.
Langsung tidak menoleh. Suasana tiba-tiba menjadi hingar.
Got me out here in the water so
deep
Tell me how you gon’ be without me
If you ain’t here, I just can’t
breathe
It’s no air…no air
No air…no air…no air
Lagu apa entah bergema dengan kuat. Bergema
memenuhi ruang seluruh kompleks pasaraya ini. Aku mengusap wajah, mengurut
dada, meredakan kupu-kupu di perutku yang menggelepar, mengutip kembali debar
resah yang bertebaran entah kemana. Ku sedut udara perlahan-lahan. Sakitnya
merasai perasaan ini. Sakit yang terlalu
sukar untuk diubati. Tak boleh jadi. Aku perlukan Husna.. Aku pandang
sekeliling. Baru terasa riuh ramainya manusia.
Aku bergegas ke Watson. Aku berjalan
umpama tidak memijak bumi. Sebaik masuk, terus kucapai dua peket barangan
dalaman aku yang berwarna biru dan terus ke kaunter bayaran.
But how do you expect me.
To live alone with just me
Cause my world just revolve around
you
Its hard for me to breathe
Aku rasa gugup tiba-tiba. Terasa
disindir. Aku rasa seperti telah melakukan kesalahan. Rasa seperti telah
ditinggalkan. Rasa sunyi yang tidak bertepian. Berulang-ulang mengulang tayang
di ruang mata. Ya tuhan, jangan biarkan aku terus lara dengan perasaan ini.
Mengapa di saat aku hampir sembuh, aku dipertemukan semula dengan dia. Aku tak mungkin mampu menanggung beban yang
tiada penyelesaian ini lagi. Husna…help
me!
Sampai di luar, aku terkujat.
Hah..Husna kat mana? Kan dah pesan suruh tunggu kat sini. Ini yang nak marah
ni. Aku kata sekejap, sekejap la. Aku tahu ramai manusia hari ini, tapi aku
pergi tak sampai lima belas minit. Haa…ada pun. Lega hatiku bila kereta putih
Husna berhenti depan ku. Terus aku buka pintu. Kereta di belakang dah berhon-hon bagai. Aku
pandang kereta belakang melalui cermin sisi.
“Husna..Husna. Tolong aku Husna. Kau
tau tak, aku jumpa siapa tadi, Husna? Aku dah macam tak boleh bernafas ni
Husna.” Aku termengah-mengah.
Aku longgokkan beg plastik whispers
di hujung kaki . Kucapai tali pinggang kaledar. Mata masih di cermin sisi.
Kereta belakang siap beri lampu . Amboi…Sekejap aje pun. Macamlah jalan ini dia
seorang yang empunya.
“ Husna, jalan cepat …balik nanti
aku nak bercerita dengan kau”.
“Cik…”
“ Aku tak sabar dah ni…” Aku
memejamkan mata. Cuba fokus dan berpijak di bumi nyata. Suara kau pun dah macam
suara dia aku dengar Husna oii…
“Alahai, aku rasa aku ni dah gila
agaknya”.
“Cik Ilham…”
“Ala…Husna, jangan la kau buat suara macam…”
“Macam apa…?”
MAKKK…. Tergamam aku. Berderau
darahku. Terlopong. Bulat biji mata. Lelaki di sebelah aku tersenyum simpul
sambil memegang kemas stering kereta. Mak aih…macammana dia boleh ada kat sini?
“Cik Ilham…awak ni main
semberono saja ya. Awak dah tersalah
kereta . Saya berhenti di sini sebab saya nak ambil girlfriend saya. Awak girlfriend
saya ke?” Adoii. sinisnya.
“Sorry yer…ok..ok.. saya keluar
sekarang.” Eh… dia sebut nama aku ke…? Husnaaaa…