Fav Novels

Wednesday, October 23, 2013

1, 2, 3...Testing...testing

DATANG PADAKU
BAB 1

            “Kau berhenti kat depan tu. Sekejap aje. Kau tunggu kat sini ya..”

            “Ok. Jangan lama sangat . Jalan tengah sesak ni. Abang polis datang, kau yang bayar. Masa orang sibuk balik kerja ni, sibuk jugak engkau nak membeli, ya?...Aku punya pun ada,buat apa susah-susah nak beli…” Aira Husna kalau dah berpot pet pot pet, mahu sejam dua baru siap. Aku keluar juga dari kereta walau dia tak habis berleter.

            Aku  terus meluru masuk ke Queensbay Mall. Ramainya  manusia. Artis mana pulak yang datang ni? Mesti ada show, tak pun jualan murah. Banner Mega sale menghiasi seluruh kompleks beli belah.  Hmmm…patutlah.  Korang bershopping lah yer…Aku cuma nak ke Watson saja. Langkahku semakin laju. Aku terperasan, bila berselisih aje, mesti ada yang  memandangku. Aku ni pelik ke? Mesti ada yang aku pakai tak kena ni! Maroon trench coat yang ku biarkan tak berbutang ini, ku tarik rapat ke tubuhku. Sorry yer…aku sejuk sangat kat airport tadi. Shawl aku betul-betulkan. Mana tahu, entah-entah senget-benget dah lipatan tudungku. Tapi apa kesah…sekarang ni macam-macam ikatan shawl yang pelik-pelik dipraktikkan orang.

 Aku panjat escalator . Baik aku laju dari escalator ni nanti cik datin kat luar tu marah pulak . Dia bukannya boleh terima bab lambat-lambat ni. Tambah pula, tadi dia kena tunggu hampir satu jam gara-gara menunggu aku jugak. Muncung dia boleh disimpul dan diikat riben lagi. Bukan salah aku, salah kapal terbang. Patutnya jam dua petang tadi aku dah sampai.

Aku menyelit-nyelit. Ramai jugak orang yang berdiri tegak di atas tangga ajaib ini. Ajaib sebab pandai bergerak sendiri. Yang tak ajaibnya pulak, lambat. On the left side…on the left side...jangan tutup laluan, kenderaan berat nak lalu ni. Sorry, orang nak cepat la. Yang couple-couple ni, memang kurang sikit kesedaran sivik. Selang satu anak tangga pun tak mahu berpisah. Amboi…mueh, mueh, mueh…kalau aku ada couple nanti, agak-agak jadi macam dia orang tak? Aku tersenyum. Hmm…kalau aku ada couple…? Bila ya? Hati tiba-tiba berbisik sedih. Senyum, sedih sorang-sorang ni mesti orang kata aku tak betul.  Betul-betul di tengah tangga tu, ku pandang ke depan.

            Oh, Mama…Aku terkedu. Kaki kena gam masa itu jugak. Tak dapat bergerak. Lutut rasa longgar. Subhanallah…Perutku menggelepar, rasa ngilu  menebar seluruh dada. Darah menyirap, pecah dan meleleh laju, satu persatu. Berkali-kali. Aku menahan nafas atau…memang aku tak boleh bernafas. Oksigen…oksigen. Jantung berdegup menepuk-nepuk dadaku. Seram sejuk. Tak semena-mena keadaan jadi sepi. Sunyi. Husnaaa…tolong. Apa dah jadi ni?

            Aku sekuat hati menahan rahang. Aku pandang escalator sebelah aku yang sedang bergerak ke bawah. Tak mungkin…tak mungkin. Situasi yang tak ingin aku alami lagi. Yang puas aku hindar selama ini. Seketika, berselisih dengan perlahan, sekilas mata bertentangan. Keras leherku nak memandang. Waktu bagaikan terhenti. Sampai di atas, ku toleh ke belakang. Di bawah, dia berdiri tegak di hadapan tangga. Kepala tunduk dan tidak bergerak. Seketika, dia melangkah laju menuju ke pintu keluar utama. Langsung tidak menoleh. Suasana tiba-tiba menjadi hingar.

            Got me out here in the water so deep

            Tell me how you gon’ be without me

            If you ain’t here, I just can’t breathe

            It’s no air…no air

            No air…no air…no air

            Lagu apa entah bergema dengan kuat. Bergema memenuhi ruang seluruh kompleks pasaraya ini. Aku mengusap wajah, mengurut dada, meredakan kupu-kupu di perutku yang menggelepar, mengutip kembali debar resah yang bertebaran entah kemana. Ku sedut udara perlahan-lahan. Sakitnya merasai perasaan  ini. Sakit yang terlalu sukar untuk diubati. Tak boleh jadi. Aku perlukan Husna.. Aku pandang sekeliling. Baru terasa riuh ramainya manusia.

 

            Aku bergegas ke Watson. Aku berjalan umpama tidak memijak bumi. Sebaik masuk, terus kucapai dua peket barangan dalaman aku yang berwarna biru dan terus ke kaunter bayaran.

            But how do you expect me.

            To live alone with just me

            Cause my world just revolve around you

            Its hard for me to breathe

            Aku rasa gugup tiba-tiba. Terasa disindir. Aku rasa seperti telah melakukan kesalahan. Rasa seperti telah ditinggalkan. Rasa sunyi yang tidak bertepian. Berulang-ulang mengulang tayang di ruang mata. Ya tuhan, jangan biarkan aku terus lara dengan perasaan ini. Mengapa di saat aku hampir sembuh, aku dipertemukan semula dengan dia.  Aku tak mungkin mampu menanggung beban yang tiada penyelesaian ini lagi. Husna…help me!

            Sampai di luar, aku terkujat. Hah..Husna kat mana? Kan dah pesan suruh tunggu kat sini. Ini yang nak marah ni. Aku kata sekejap, sekejap la. Aku tahu ramai manusia hari ini, tapi aku pergi tak sampai lima belas minit. Haa…ada pun. Lega hatiku bila kereta putih Husna berhenti depan ku. Terus aku buka pintu.  Kereta di belakang dah berhon-hon bagai. Aku pandang kereta belakang melalui cermin sisi.

            “Husna..Husna. Tolong aku Husna. Kau tau tak, aku jumpa siapa tadi, Husna? Aku dah macam tak boleh bernafas ni Husna.” Aku termengah-mengah.

            Aku longgokkan beg plastik whispers di hujung kaki . Kucapai tali pinggang kaledar. Mata masih di cermin sisi. Kereta belakang siap beri lampu . Amboi…Sekejap aje pun. Macamlah jalan ini dia seorang yang empunya.

            “ Husna, jalan cepat …balik nanti aku nak bercerita dengan kau”.

            “Cik…”

            “ Aku tak sabar dah ni…” Aku memejamkan mata. Cuba fokus dan berpijak di bumi nyata. Suara kau pun dah macam suara dia aku dengar Husna oii…

            “Alahai, aku rasa aku ni dah gila agaknya”.

            “Cik Ilham…”

            “Ala…Husna,  jangan la kau buat suara  macam…”

            “Macam apa…?”

            MAKKK…. Tergamam aku. Berderau darahku. Terlopong. Bulat biji mata. Lelaki di sebelah aku tersenyum simpul sambil memegang kemas stering kereta. Mak aih…macammana dia boleh ada kat sini?

            “Cik Ilham…awak ni main semberono  saja ya. Awak dah tersalah kereta . Saya berhenti di sini sebab saya nak ambil girlfriend saya. Awak girlfriend saya ke?” Adoii. sinisnya.  

            “Sorry yer…ok..ok.. saya keluar sekarang.” Eh… dia sebut nama aku ke…? Husnaaaa…

No comments: